Sunday, 11 September 2011

Freed From Desired

Buat blog di pagi pukul 4.15am.. disebabkan xdapat tidur.. insomnia jadinya.. jadi, dari aku tergolek2 kt tilam xtau nak buat apa.. so, aku nak share kt korang kenapa aku xdapat tdo.. hrmm.. korang nak tau kenapa? Cekedout! (check this out la mksd nyer.. )

* Sajer2 nak upload.. ni la meja aku.. Dimana tempat aku dengan Si Laptop "berdating" ... ahah! :D

First aku nak mention taim cuti mggu lepas , bagi aku boring la juga. Bukan apa .. tak tau nak buat apa kn? ni 2 minggu cuti,.. kalau sminggu takpa jugak... ni 2 mggu?? haish... mengeluh je kt rumah.. Pagi bangun, tanya diri sendiri, " What next? "  Nothing to do.. :( bila dh boring cmni mcm2 la benda di fikir.. Last2 bikin pening palak sendiri.. neyyy....

Nak keluar pun, hampir benda sama dibuat.. Recently, bapa aku suruh aku part-time. Banyak keja part-time kt Miri sini. Tapi aku jawap, aku lom redi nak keja. Pastu, bapa aku jawap, " Daripada kau kluar tiap2 malam, bagus kau keja part-time. Dapat juga duit. kan? " Fikir 2 kali , betul juga cakap beliau. Tapi, susah nak keja smbil blajar ni. Nak fikir kerja smbil fikir pasal study.. hm.. xtau aku tahan ke tak. kalau cuti hujung tahun xpe jugak. Dh biasa dh...

Nasib la hari ni hari Isnin ,12 September 2011.... cuti raya & cuti 2 mggu yang memboringkan dah abis.. pagi nanti turun class..x jugak boring jumpa kawan...

ok! back to our topic... lupakan pasal cuti.walaupun boring... past is past.. :D
Jadi, apa yang aku nak cakap kt cni ialah.. seberapa kah pergorbanan korang terhadap korang sendiri semata2 untuk family dan korang sendiri? susah kn  nak fikir bnda ni..? dari kecik dulu sejak aku di tinggalkn oleh mak kandung aku, so,aku terfikir skarang... yang aku...susah sebenarnya nak terima benda cmni.. nak taknak aku trima je la. dh nama KEHIDUPAN kan? Kehidupan mesti di teruskan walau apa2 pun. walaupun bapa dan mak tiri aku ni masing2 anggota kerajaan, 2 2 ada duit. hidup pun ok juga. senang lenang juga. x la kaya sangat. tpi aku x enjoy bab duit2 ni la.. sbb?? myb sesetengah manusia, kasih sayang boleh diganti dengan duit... cettt!! aku mmg bantah la.. kenapa aku bantah? sbb aku yang mengalami nya. mungkin bukan pada aku sorang. no wonder benda cmni boleh terjadi kt aku sorang ke kan? then, where is the love?? aa! yang mcm lagu black eyes peas. * korang pasal lagu ni mmg terer la korang... :P kdang2 bila dh mak bapa sma2 kerja ni,ssah nak bgi masa untuk anak2 diorang kan? nak bagi kasih sayang.. kadang2 aku kesian tengok adik tiri aku ..diorang balik sekolah, mak xda .. kerja. bapa? keja juga.. bab diorang lahir dulu mmg mcm 2.. sejak dari kecik. apa kesan nyer kalau diorang dh besar nnti.. ?? haa...

Tak perlu nak tengok org lain la, tengok contoh abang diorg ni.. si penulis blog ni sendiri... hehehe.. :D turun kolej, balik kolej,mana da sempat nak tengok muka mak bapa kalau dh keja. takda belanja nak turun kolej? msj bapa, minta duit, pastu bapa letak duit kt bilik... kadang2 xda orang masak kt rumah.., mak hantar tapau pegi umah..then turun keja balik. kadang2 aku stay kt kolej ada class petang, pandai2 adik aku la jaga sendiri.  hmmm....aku mana pandai masak! ish... masak telur & mee maggie pandai la.. xkan nak makan telur ngan mee maggie je tiap2 hari kan?

Benda ni yang membuatkan aku terfikir.. sumtime aku teringatkan mak kandung aku.lama x jumpa dia.. rindu .. mak kandung sendiri, spa x rindu kalau xjumpa berbulan2.? aku slalu tanya kt aku sendiri " kenapa la aku mcm ni, kenapa la hidup aku mcm ni? " benda ni buat aku terlalu bnyak berfikir seolah2 aku xdapt trima bnda cmni berlaku.. tension la.. apa la... buat aku xdapat focus apa yang perlu aku buat..

Cara aku nak larikan dari benda ni?? aku kluar dengan kawan kejap.. rest kejap. xda cara lain. duk kt rumah xtau nak buat apa. tengah2 buat homework ke asgment mmg terfikir benda yang sama. bak kata stiap apa yang aku buat aku terfikir benda yang sma. tengah drving keta ke drive aeroplane ke mmg akan terfikir. automatic otak aku pergi ke situ. 

Disebabkan aku salu kluar mcm ni la tercetusnya "perbalahan" aku dengan bapa aku dimana beliau nak aku kerja... Paduhal sbnrnya aku nak release tension. mayb diorang xfhm.

Baru2 ni aku ada masalah nak bayar yuran kolej...RM3+++.00 kesemua nya.. hutang sem lepas lom lagi bayar sebab ingat sbuah "agency kewangan" ...( * xnak mention. takut kena saman.. heheh... :D ) cmfirm bagi pinjaman... so, lastly, kena reject.. pihak kolej dh tolong buat rayuan beberapa bulan yang lepas. tpi pihak "agency kewangan" lom reply.. * diorang x cukup kreadit kot nak reply.. ahah!! :D
Pastu, start la aku binggung ngan masalah terbaru aku ni. Tak abis2 masalah dlam kehidupan manusia kan?

Balik kt topic pasal kerja tdi plak, makin la bapa aku paksa aku cari kerja, jadi part-timer ni... sebab bapa ngan mak aku xdapat nak bayar yuran tu. tpi paduhal dorang 2 2 kerja kan?? taknak fikir hal tu, maybee diorang ada masalah kewangan lain, ke ape ke.. aku xnak masuk campur. Jumaat mggu lepas aku bru je dh hantar form nak minta kerja kt 7-Eleven... tggu diorang calling untuk interview jew.

Nak tak nak.. aku korban la untuk aku sendiri kan? nak bayar hutang RM 3 ribu lebih tu, mana nak cari?? tapi nasib pihak kolej ni diorang consider ckit, diorang bagi aku masa 8 bulan untuk bayar kesemua nya.. so... aku perlu bayar RM4++ gitu...  sebab aku xda benda lain yang aku ada kt dunia ni. Masa depan aku bergantung kt kolej je. abis pengajian ni mati2 cari kerja.. hah! nak tolong mak kandung sendiri lagi... adik2 yang lain lagi.

Tu la kehidupan aku skarang ni.. Terima la kenyataan. walaupun susah untuk korang.. berkorban untuk apa saja untuk masa depan korang. or untuk tolong family korang di kemudian hari.. of course la kita xtau apa yang terjadi kt future kan?? but.. apa salahnya kita buat terbaik or berkorban untuk masa depan kelak... bergantung pada nasib?? jangan la.. sebab nasib sorang2 ni tak sama . betul tak? Thats wat we called LIFE isnt?? :) so.. apa kata korang cite plak ttg kehidupan korang... ok? thats all... 

Saturday, 3 September 2011

Simple Elements

Dh janji ngan korang kan pasal nak upload gmbr aku msa sekolah menengah dulu??? 


* Yang ni time masih form 5, before SPM kalau x silap. aku kt blakang skali tu.. ada dengan awek blakang tu.. hehehe..


* Ni pun sama, masa form 5. 
_________________________________________________________________________________

Masa kt Kolej Matrix pulak, haa.. korang tgok la sendiri... 

* dapat korang detect aku yg mana 1 kan??? 


* Yang ni pulak gambar 1 klas masa kt Kolej Matrikulasi, F1T2.
________________________________________________________________________________

ok. Enough..Aku lama juga x tengok gambar2 lama ni. Khas untuk korang jk. Xda org nak tengok, aku bgi la korang tengok. huuhu..
Next... Mmmm... Berbalik plak crita pasal aku. 
Aku ni sorang yang SIMPLE. bab fesyen2x ni aku letak tepi. Kadang2x kluar dgn kawan or shopping dengan family just pakai T-shirt yang simple design, and di sesuaikan dengan sluar jean,sumtime pakai sluar pendek, cukup ! Aku selesa dh. Tu bab cara aku nak fesyen kan diri, bak kata org.. janji slesa. kn?? Bab ke-2 plak tentang sikap aku. Seorang yang CEREWET. ( confession ni .. kt blog je korang dengar .. :D ) cerewet dari segi makanan. Sebab aku ni jenis yang kuat makan.Walaupun aku kurus.. :D  Tak kira masa, kadang2x perut dh full pun, makan lagi keropok or biskut. Kt rumah kalau xda lauk yang aku suka makan, aku kluar sendiri pergi pasar, makan kt pasar seorang diri.Haa... kalau xda duit ?? aku masak mee Maggie.  Aku suka makan Western food, seafood kurang ckit.. Ada pun suka makan ikan ja. Bab species aquatic kt laut yang lain, xbrapa sangat.Tak kira ikan paus ka pa ka... ( ikan paus dapat makan meh?? :p ) Janji nma nya ikan. xkisah la.. dan aku suka masakan kampung. Buat aku rindu nak balik kampung... :) Nanti aku crita pasal kampung aku k?? Tu serba sedikit tentang perangai & makanan aku. 2 in 1. Aku cmpur 2 content jadi 1. :D 
Cerewet?? pastu.. aku species org MALAS..haha.. :D Ya.. Saya mmg malas. Senang je nak describe ttg mlas ni. Kalau weekend @ masa cuti ke, tidur sampai ke petang. Jangan harap nak lunch sama dengan family sama2.Sampai kan aku kadang2x sanggup tak turun kolej sebab nak tidur. Disamping itu juga, ( kdak plah karangan BM time Form 5 la pulak ... :D ) aku jenis yang tak suka kluar di waktu petang @ tengah panas2 matahari terik gitu. Kalau turun kolej xpe la kan? Nak taknak, turun juga. Tak tau la kenapa, bab malas kot.. hehe.. tpi yang aku pasti, aku x suka kuar taim panas2 terik waktu petang. Dan perkara tersebut menyumbangkn aku keluar di waktu malam.Haa... tu la negative effect dia.. :D
 
Apa lagi yang korang nak tahu?? Bab aku main taip je ni.Apa yang ada kt otak skarang ni, itu la yang aku taip. :D 

Seterusnya, aku tak suka la tengok orang yang tak pandai menghormati orang tua @ orang lain.Sebab tu nama nya kurang ajar.. kan?? Kalau adik or kakak aku sendiri yang cakap tinggi ckit dengan mak @ bapa , memang aku marah. Apatah lagi kawan ke, girlfriend ke.. aku x kisah kalau org tu kurang ajar.Sejak dari kecik dulu aku di ajar menghormati orang lain. Even dengan family sendiri pun diorang nak marah cmney pun, aku diam ja. Aku juga tak suka orang yang sombong @ tinggikan diri.  Tak suka kawan tikam2 dari blakang. Tak suka gossip sbb pandai buat aku rimas. Biarpun dia gossip ttg org lain ke sapa ke, kalau org dh gossip dengan aku, aku terus buat dono je,sbb aku sedar sapa aku kan? Sebab kalau org yang suka bergossip ni, diaorang ingat diorang bagus. :) pada pandangan aku la. ok.Forget it. Pas ni pasal benda yang aku suka pulak.

Aku suka
  •  watching drama or series . Ex. Mythbuster, Top Gear, Chuck, Prison Break & The Big Bag Theory 
  • subjek matematik & fizik
  • bersosial
  • dapat kawan baru
  • dengar lagu lama, electro, rock.. 
  • online facebook sampai pagi
  • tengok tv sampai pagi
  • lepak/hanging out dengan kawan di waktu malam
  • alcoholic drink
  • hamsters, dogs, cats & fish untuk di jadikan pet. 
  • gaming sampai pagi
  • orang peramah, senang berkawan
  • fishing! 
  • about cars & motocycles.
  • driving. sbb ada org yg dh ada lesen, xnak drive.
  • buah apple
  • Tom & Jerry! 
  • mesagging
  • ada hp bru
  • download wallpaper, theme, movies 
  • recently?? saya suka Blog. :D heehe
  • Google'ing
  • baca newspaper
  • The Strokes 

Dan, benda yang aku tak suka ialah bila :
  • ada hal dengan kawan/ girlfriend
  • sweating
  • bila boring xtau nak buat apa
  • thinking a lot
  • panas
  • benda kotor.
  • bila laptop lagging or rosak or perlu di format
  • baca nota kuliah...
  • perut meragam
  • orang bnyak complain
  • orang tanya benda yang sama berkali2
  • accident pakai motosikal walaupun dh bnyak kali
  • pakai china phone :P
Aku wat special sikit pakai "bullet list" sbb nak simple and xnak taip pnjang2. Korang plak yang boring baca nanti kan? So, bru  u all tau apa yang aku suka n x suka. :) Yang lain aku xmasuk kan dlm bullet list, sbb aku dh mention kt atas td. So, see u all next post. Malam ni mayb.. or tomorrow.. :)

Friday, 2 September 2011

About Me

Ok! First things first aite??? Nama penuh Bonie Gege... ;D kidding! Lahir pada 24 Januari 1990... Now, im 21 years old. X trasa dah tua udah. tpi jiwa g muda.. hehe.. Asal dari Daerah Julau. mok tau Julau cney? Somewhere between bandar Sarikei & Sibu.According to Sarawak Map, aa.. korang tgok la sendiri..


dh tau kt mana kan? haa... tpi aku lahir kt Hospital Sarikei.. skarang aku duk Miri aka. Oil Town. I love Miri.. suka betul saya dengan Bandar Miri.. :D  ( ow... so lame.. mcm buat biodata sekolah rendah bah buat blog tok.... ;D hehehe )nak tengok masa aku masih kecik dulok x? 
hahaha... ni kakak aku punyer keje.tau la Bunkface popular ,sukati dia jer nak edit letak nma Mr. Bunkface kt picture masa aku kecik. ni taim umur blum masuk tadika lagi.kalau x silap aku la. Sekali nmpak mmg org aggap mcm cina kan?? Tpi aku pure iban. caya la ... Agi Idup, Agik Ngelaban. :D 
 apa lagi aku nak cakap hoh?? mmm.. ada seorang kakak dan 2 org adik... Tambah lagi dengan 2 org adik tiri. Kalau dicampur semua ada 6 org adik beradik.. aku anak ke-2. laki-laki 4 org. prempuan nya 2 org.. :D Ya serba sedikit tentang family aku. Tak nak bagi yang detail sangat. 

Masa sekolah rendah aku sekolah kt SRK St. Alphonsus. Tahun 5 pindah pi Sk. Sarikei. Tahun 6 pindah balik p St. Alphonsus. due to family problem. family cerai masa tu. Start dari form 1 aku dh x ikut diam masa dengan mak kandung aku, sbb masa tu aku pindah p Bau,Kuching.. xtau mana Bau?? aa.. korang tgok la map Sarawak kt atas tadi tu. First masuk SMK Bau, yang slogan nya aku xbrapa nak ingat. hhehe..

* Aaa... ni la signboard sekolah menengah aku dulu, 2003-2007. 

Time skolah dulu banyak sangat kenangan yang x dapat lupa.sampai la sekarang masih lagi aku ingat.
 Jumpa kawan berbangsa berlainan lagi tu. 1st masuk klas org ingat melayu .. 2cd day masuk kelas, org ingat cina. diorang x expect pun yang aku ni iban. haha..last2x diorang bru tau aku ni berbangsa iban. ok. nak kongsi kenangan msa sekolah dulu pun, xtau nak describe kt u'all cmney,sbb bnyak sangat.. So, aku tukarkan kenangan tu dengan perkara yg aku suka ttg sekolah menengah. Ape yang best ttg sekolah menengah? dapt girlfriend/ boyfriend? biasa je tu.. aku pun ada dulu.. jadi plyboy/plygirl? biasa dh.. escape masa perhimpunan? kenangan indah masa camping?? merokok kt tandas? n so on?? tpi aku lain.. aku suka time Kokurikulum. hah! plik x aku?? SEBAB... cun2x aku jdi Ahli Kadet Polis taim tu, aku di pilih dlm latihan menembak. Tembak  pakai M16 rifle dengan MP5 lagi tu.best wa ckap lu... xtau ape yang best nyer. tpi aku suka pegang bab senapang2x ni.. Pelik kan? 

 
* ni rifle M16 kalau korang nak tau.. atau org melaysia cakap M Enam Belas. :D 


* Aa.. yang ni MP Lima aka. MP5 :D

 korang yg msuk PLKN ade kot pgg rifle cmni kan?  ok. Next... ape ahh?? tu la interest aku yang aku suka pasal sekolah. kepada korang yg masih sekolah kt menengah tu, study jangan lupa plak. Bergurfren/berboifren xsalah.. aku pun cmtu juga dulu. bab cintan cintun ni aku x ambik kisah sangat. Tapi taim ni aku kisah. heee... :D dh tua la katakan..(  ehemm2x.tkluar topic la pulak..)  sbb result SPM korang la yg menentukan arah tuju kemana harus korang pergi klak.. 

Bab study ni, aku serius ckit.. walaupun aku ni species yang sangat sosial. balik pasal sekolah plak, lepas result SPM kuar masa tu, aku di post ke Matrikulasi Labuan. msuk form 6 pun x dapat. nma kena reject.
Kisah aku kt kolej ni la yg buat aku sentiasa ingat yang belajar itu penting and betapa sanggupnya family kita nak melihat kita menjadi anak yang berguna. nak tau sebab ape?? sbb dulu jauh dari family .. so . jadi hantu. ade la bnda tak bgus di buat kt sna. sukati je nak buat.  kt sana dulu aku kurang bagi perhatian kt study sbb bnyak buat keje lain. smpai last result aku xdpat msuk Uni bab pointer x cukup. last2x kolej suruh aku repeat tpi aku xnak. pastu aku balik Miri, masuk PPKS Lutong Miri smpai la sekarang. So, aku nak bgitau kt korang , jgan jadi mcm aku nih... dh senang lenang, study lepas cmtu je.. menyesal korang nanti. ok? Thats all for today. Sorry, korang nak complain ada yang kurang ka apa ka.. pdah ja. 1st time buat blog. :) 

* oh ya... lupa plak nak upload gmbar taim skolah menengah dulu.. next post la aku upload untuk torang k?? so.. kip in touch.. :) shalom
Aaa... hi.. :) tak tau nak cakap apa because 1st time buat blog nih. Orang cakap " Best bah buat blog." ... then, aku terfikir ape yang best nya tentang blog. Dari apa yang aku fikir, takda yang best nyer..,cuma dapat luangkan masa untuk buang boring..dari xda buat ape2x kan? Disebabkan aku tengah dilanda keboringan yang amat sangat, taktau nak buat ape,hangout dengan kawan xkan tiap2x hari kan? nak part-time pun ,takut letih sebab aku masih study dekat kolej. so.. disebabkan aku suka taip2x keyboard ni, aku try buat la blog sendiri.